Adik...
Abang kagum lihat adik
Bila adik mampu beri kami ketawa
Abang dan kakak gembira hingga gugur langit di angkasa
Apatah lagi bunda dan ayah
Tidak menyangka akan dapat zuriat lagi
Bersyukur kami semua atas rezeki yang indah ini
Bertambah anggota bertambah jua akan seri
Abang lucu lihat adik
Bila adik tersenyum lucu pada abang kembali
Adik dahulu tembam, dan sangat ramai ingin mencubit
Adik juga kalau ikutkan mahu mencakar kembali siapa yang mencubit adik
Abang terpesona lihat adik
Bila abang jauh dari lihatnya adik
Adik sudah pandai membaca, menulis dan melukis
Adik juga sudah mula pandai berdikari
Begitulah adik abang yang pandai ini
Abang keras kadang-kadang tanda sayang
Namun abang tetap manjakan lebih adik
Kerana adik adalah adik bongsu abang :)
Abang jadi kuat bila ada adik
Bila abang sedih, abang bawa adik jalan-jalan
Bila abang gembira, abang belanja makanan kesukaan adik
Bila abang demam, adik letakkan air basah di dahi abang :)
Abang sekarang amat rindu
Abang tahu kita jarang dapat jumpa
Abang harus mulakan hidup demi adik membesar nanti
Abang mahu adik baik-baik dengan kakak dan abang yang lain ya
Seandainya adik boleh baca ini
Abang belanja makan burger ayam dan air oren
Abang ingin adik tahu
Bahawa abang sangat rindu dan sayang pada adik :'(
khas buat adi bongsuku, ira
dari abang mu yang jauh, adi
khas buat adi bongsuku, ira
dari abang mu yang jauh, adi
No comments:
Post a Comment