Sunday, August 7, 2011

alhamdulillah


Aku sedar telah jauh dari Mu. Sedangkan kau selalu dekat denganku. Aku telah hilang dan sesat dalam kegelapan. Aku menutup mata dalam mencari petunjuk Mu sebagai arah perjalanan hidupku. Tanpa aku sedari, aku telah berjalan berhari-hari, jauh-sejauhnya dari jalan Mu. Namun, akhirnya bertemu di satu titik. Titik yang menusuk kalbuku agar berhenti sejenak setelah aku berasa sedih, tidak gembira dan tidak berjaya.


Dahulu aku rasa dunia itu luas, namun tidak terasa luasnya buat fikiran aku. Berfikir dahulu sebelum mencipta dosa. Aku menutupnya dengan semua perasaan yang mengelabui aku di saat aku senang, memiliki apa yang aku inginkan tanpa beringat bahawa itu semua adalah nikmat Mu yang jarang-jarang aku syukuri.

Dan syukur kini, datang angin lalu di bulan yang hanya singgah setahun sekali. Datang menjenguk memberi aku seribu kata kekuatan. Kata-kata buat aku agar tidak pernah tidak sempat untuk dapat kembali mencari jalan yang jelas-jelas telah mendapat Redha Mu. Angin itu meniup mencerahkan mata pandangan aku, agar cukuplah dengan rasa salah laku dahulu menjadi iktibar yang berguna untuk aku menjadi insan yang lebih baik dan di sayangi Mu. Alhamdulillah ya Allah. 

No comments: