Terpukul aku oleh angin malam di bahu. Menghembus-hembus belakang rambut mengaktifkan rindingan roma di seluruh tubuh. Cukup angin malam itu membuat aku kedinginan hingga aku memeluk erat-erat tubuh kecil ini.
Bersaksikan anak bulan yang sinarnya menyenari malam yang dalam. Aku tersimpuh kembali di dasar hati. Jauh di lubuk aku telusuri. Mencari sesuatu yang ingin aku temui. Segala gambaran yang telah dirakam di benak lalu ia berselerak tersimpan di seluruh ruang hati.
Wahai bunda, maafkan anak mu ini di atas segala kesalahanya. Wahai ayahanda, berilah aku semangat lagi. Wahai adik-adik ku, ambil dan pelajari apa yang tersirat dalam riwayat hidup abangmu ini. Gambaran keluarga, kedua aku dekati setelah nikmat ciptaan Ilahi aku hayati tika malam ini. Menghiba bila aku semakin jauh dari terlihat oleh keluarga.
Sejak aku mula berdikari. Mewujudkan centusan revolusi buat aku membina hidup. Setiap langkah yang terjejak di bumi menjadi inspirasi. Memberi kekuatan ketika aku mulai lemah berputus asa tentang apa yang di cita. Mujur masih ada yang masih murah senyuman. Senyuman seorang demi seorang yang bergelar teman.
Mereka terkadang menganggap aku tiada ketika aku ada. Mereka terkadang tertawa dan suka. Mereka terkadang sedih dan mencuka. Mereka terkadang kecewa dan hampa. Aku berasa bersalah dan berani aku akui kesalahan itu. Bukan kadang-kadang, malah selalu aku membuat mereka menjadi begitu.
Mungkin saja cerita telah berlalu. Di bawa oleh waktu tanpa ia bekalkan lagi kisah untuk aku laluinya kembali. Namun aku terus dihantui oleh rasa sesalan. Mengapakah aku tidak dapat memenuhi harapan sendiri. Harapan untuk terus disayangi tanpa paksaan walau tanpa ada istilah "cinta"
Cinta! Istilah yang aku jenuh untuk melihatnya. Tidak pula ia lelah di hati untuk tidak pernah terbit lagi setelah aku membenci istilah cinta. Kebencian tanpa aku sedari telah menelan ludah aku sendiri. Apa salah cinta atau salah diri yang menguasai rasa ini?
Cukuplah rasa benci terhadap istilah cinta yang aku buat-buat. Aku malu ingin luahkan ia kembali setelah aku membubar menjauh dari menjadi seperti insan yang suka memberi dan memiliki. Indahnya keluhan hati bila aku telah terperosok menghadapi kegagalan hati dahulu. Hati aku gagal dalam menguasai perasaan yang merumitkan ini.
Kegagalan itu jualah memberi aku mata satu lagi supaya dapat melihat sejelas-jelasnya hikmah dari kegagalan yang membina diri sendiri. Aku dapat membesar lagi. Walau diri jelas sudah kelihatan bangka, masak dan hanya tunggu gugurnya jiwa anugerah Ilahi ini.
Aku bersyukur masih sempat. Tawaduk dan istiqomah dalam lalui hari-hari penyembuhan. Baik kesembuhan hati mahu pun kesembuhan buat sifat yang terkeji dahulu. Sejauh perjalanan aku tidak dapat disamakan dengan jauhnya impian yang masih kabur di kepala.
Semoga hari-hari yang akan aku lalui bermula esok, akan menjadi lebih membaik untuk aku menjelaskan impian yang masih samar-samar di ruang legar minda dan hati.
No comments:
Post a Comment