Thursday, August 18, 2011

Ketika aku diam semalam

Indahnya pagi ini. Jalan lengang angin tak bertiup. Namun cukup terasa dingin. Mungkin semalam aku tidur awal. Jadi mudah melihat dunia guna mata segar ini. Ditambah pula masih ada sisa semangat yang dihadiahkan oleh cik adik manis kemarin. Membuatkan aku semahu-mahunya bekerja hari ini.

Semalam sempat juga aku on9. Hanyalah sebentar. Mengupdated kisah yang telah aku sendiri janjikan untuk disambung jalan ceritanya. Aku tak tahu bagaimana lagi mahu mempertahankan semangat dalam hati ini. Mungkin dengan cara aku menulis  di blog, dapat membuat hati aku berasa senang. Seakan-akan dia ada disampingku. Walau pada cerita yang pasti, dia tidak pernah aku temui.

Hari ini banyak kisah yang aku kumpulkan. Pengalaman serba serbi buat aku sedih, terperanjat dan berharap. Sedihnya aku tidaklah seperti perempuan. Sedih yang harus ditangisi. Sedihnya aku cuma terasa hiba sahaja. Padanlah kata mak “ang ni orangnyo penghibo”.

Hati yang tidak terlalu kasar untuk mengikut rentak alunan kehidupan. Terutama mengenai kehidupan yang mempunyai unsur sayang dan menyayangi antara dua insan yang memahami. Alahai, mengarut apa aku pagi-pagi ini. Haha.

Semalam, sejak berbuka, hati seakan-akan memanggil. Tidak seperti biasanya ia berdegup. Kebetulan pula fikiran aku ke cik adik manis. Ada apa yang terjadi sebenarnya?. Getus naluri kerisauan semulajadiku. Aku lanjutin hari-hari seperti biasa. Dan yang jelas, aku tidak on9 ke facebook lagi. Cuma melalui blog, tempat aku menyendiri. Tapi tidak juga. Dengan sendirinya, aku telah mengirimkan sms kebimbangan aku padanya sebelum aku pergi ke alam mimpi.

Ada sedikit rasa sedih di hati. Sedihku itu dikisahkan kerana cik adik manis telah jatuh sakit. Sewaktu aku ingin memulakan tugasan. Aku telah terima sepucuk surat melalui telefon bimbit. Smslah tu. Sms dari cik adik manis! Terkerut dahi membaca setiap petah katanya. Cik adik manis aku sakit! L Bergegar hati mendengar kabar itu. Lalu aku pantas menjawab setelah bos pergi dari pejabat.

Masa inilah baru aku berani ingin on9 di facebook kembali. Cik adik manis bilang, dia ada ‘pm’ aku. Lalu aku terus saja ke kotak masuk dan membacanya dengan hati yang tak berapa enak. Mengapalah cik adik manis boleh jatuh sakit? Aduhai, moga-moga dia cepat sembuh. Aku akan selalu doakan buat dia.

Alamak, aku sudahi dulu cerita ini dengan wajah gabrah, mata yang selalu melirik ke jam dinding dan jemari yang sepantasnya mahu menaip. Aku mahu bekerja dahulu. Petang nanti ada urusan lain lagi di luar.

Lain waktu, aku akan cuba isikan cerita tentang perasaan terperanjat dan berharap aku di blog kesayangan aku ini . Moga kita akan jumpa lagi, kamu. J


No comments: