Aku ikut kemana saja dia bawa aku pergi. Dalam hatiku, aku amat merindui dia. Tidaklah sangka akan berjumpa di sini. Apakah dia akan merasakan hal yang sama? Aku senang bila melihat riak wajahnya telah kembali riang. Berjalan manja-manja pula tu di hadapanku.
Aku terus ekori dan membontoti si wajah penenang. Dia masih memimpin jalan. Masih berjalan sambil kepala bergerak ke kiri dan kanan, seakan-akan mencari sesuatu.
Ketika langkah sentiasa di atur, seketika itu juga setiap gambaran lalu berputar ligat diingatanku.
Ketika langkah sentiasa di atur, seketika itu juga setiap gambaran lalu berputar ligat diingatanku.
Dia seorang perempuan. Perempuan pemberani. Penuh dengan angan dan cita-cita. Setiap masa senyumannya jadi penawar duka. Di saat dia bersahabat ataupun tidak, dia tetap penuhi harinya dengan suasana yang jauh berbeza dengan apa yang dia rasa di hati, iaitu gembira! Sedangkan hatinya kosong dan penuh dengan harapan yang selalu membuatkan dia sedih. Aku tahu itu semua. Bukan main tahu-tahu saja. Aku telah cuba selami perasaannya, tanpa dia pernah sedari dahulu.
Dia seorang sahabat yang amat memahami. Mengerti tanpa dia perlu khuatiri tentang diri sendiri, asalkan seseorang yang dijadikan sahabat selesa bersahabat dengannya. Namun, langkahnya pernah tergesel sedikit. Langkah yang meningkalkan jejak suka. Apalagi kesan itu selalu saja ternampak oleh sahabat lelakinya.
Antara sahabat lelakinya itu adalah aku. Tidak tahu mengapa aku terikut jua akan jejak yang masih tercium bau suka itu. Apakah kasutnya tidak pernah terpijak tahi kucing sampai bau harum pula terasa. Aku suka bukan saja-saja suka. Aku suka ada sebab diantaranya. Semua sebab itu berdasarkan apa yang aku lihat dari hati dan bukan dari mata yang memandang.
Ada ketika, dia terlihat lemah di riak wajahnya. Namun, di balik kelembutan wajah yang ada sedikit garis usia itu, telihat akan kesan jati diri yang kuat dalam memotivasikan diri. Seringkali aku tertanya-tanya pada diri, pernah kecewa apa dia dulu, hingga dia bisa mengungguli dirinya dari bahana kesedihan?
Dia juga sudah sedia maklum perlu apa menjadi seorang perempuan. Perempuan yang sudah tiba masanya nanti akan menjalani kehidupan yang lebih mencabar. Di setiap sisi sudah ternampak akan hal yang sedemikian. Namun cuma satu. Kesediaan untuk menyahut cabaran itu masih di awang-awangan.
Mempunyai sahabat handai yang hebat-hebat dari setiap bidang. Dia tidak memilih dalam bersahabat kerana dia ingin mencari sinar yang dapat menerangi gelap hidupnya di waktu dia sedang jatuh dan senang. Ada juga sewaktu dia sedang menghiba, dia sanggup menyendiri menahan peri tanpa perlu ada sesiapa pun mengetahui akan deritanya.
Lamunan aku terpadam. Bila dia sudah terjojol dihadapan ku yang sedang berdiri kaku. Aku mahu saja meneruskan ingatan ini berpusing, terlalu banyak tentang dia telah terakam di benakku sejak pertama kali dia aku temui. Namun, biarkan sajalah aku simpan sedikit, agar ingatan ini tetap selamat tersimpan terus di hati.
"Kenapa masih terjegat lagi di sini, awak sakitkah?" Soal dia sambil mencekak pinggang.
"eerrr.." itu saja ku mampu ungkapkan.
"Tidak cik, saya cuma terasa letih sedikit" aku menambah.
Kami tidak meneruskan jalan lagi kerana katanya sudah sampai. Kami berdua sekarang berada di sebuah tempat. Tempat yang ada rumah. Ada wifi dan juga sebuah jendela.
Aku seperti sudah mengarut bercerita sekarang ini. Tempat apakah ini? Soal sendiri dalam hati.
Oh, dia mahu pulang ke rumah rupanya. Aku fikirkan ke mana tadi. Ceh, penakut juga dia rupanya. Hanya jadikan aku sebagai peneman dia untuk pulang ke rumah sebenarnya. Tidak mengapalah, janji dia sudah kembali gembira. Kemudian, tanpa berlengah, dia terus menuju ke pintu masuk dan segera melambai tangan ke arahku tanpa tinggalkan pesan apa-apa. "Daa~" ungkapan terakhirnya buatku.
Aku pun 'daa' juga. Tidak mengapalah, asalkan dia tahu jalan pulang ke rumah dan tidak lagi duduk menyendiri kesedihan di kota mati tadi. Aku berharap dia tidak lagi bersedih, walau aku tidak tahu apa yang telah terjadi ke atasnya sebelum ini.
Aku yang masih menggalas sebuah beg yang besar lagi berat, terpaksa menahan sisa tenaga mencari tempat berteduh. Aku mencari sebuah rumah persinggahan. Cuma mahu singgah sebentar sebelum dapat aku melihat wajahnya yang riang itu kembali walau sekali sebelum aku meneruskan perjalan aku yang masih jauh ini.
Selamat tinggal cik. Kalau ada umur yang panjang, kita pasti akan dapat jumpa lagi. Doaku perlahan sebelum aku berpaling dan meneruskan jalan yang tidak tahu bila akan sampai ini.
No comments:
Post a Comment