Cukup mahu ditambah lagi atau tidak semangat ini? Semangat untuk tidak pernah berputus asa mengejar rama-rama yang hanya terbang di dalam sangkar emas dua orang penjaga.
Cukupkah mahu diperhatikan lagi atau menyingkir ke sisi? Alihkan tatapan terus menuju ke jalan yang telah disedari? Atau terus menghukum dan aniaya diri yang jelas pasti akan disakiti.
Cukuplah bersemadi dengan angan. Tidak akan pernah tergapai mimpi. Mimpi yang sering didambakan agar ia menjadi realiti.
Sungguh jauh ilusi yang dilakar oleh keinginan hati. Terang-terang telah ditutupi rasa bahagia sendiri, yang hanya engkau jalani tanpa ada jawapan pasti.
Jadi lebih baik cepat-cepat menarik hati. Daripada ia akan hanyut di bawa aliran air mata yang telah pun mengalir di setiap lekokan batu yang pernah ia lalui dahulu.
Moga-moga dengan begitu, dirimu yang menulis ini. Terimalah kenyataan dengan rela, tanpa tercarik sedikitpun hati yang mudah menyayangi ini.
Di suatu masa nanti, hati yang menyayangi ini pasti jua akan disayangi kembali. Yakinlah semua ini pasti akan terjadi. Usahlah diturutkan lagi kemahuan jernih ini.
Biarkan keruh dunia selaputi tangan-tangan kau yang ikhlas. Mencari dua bahagia dalam satu keadaan yang selesa, akan dapat jua kau raih nanti. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment