Wednesday, August 17, 2011

Perlukah? 2

Kembali lagi aku di blog suram ini. Aku hanya singgah sebentar ingin menyambung kisah yang bertajuk "Perlukah" semalam. Seperti yang dikatakan, aku akan terus sahaja menceritakan kisah yang tergantung ini.

Selepas ber-sms-an agak 40 sms yang dikirim dan dibalas kembali bersama cik adik manis. Aku jadi tersenyum sendiri, walau masih belum berasa puas. Tak sedar pula semangat aku mula terbakar membekalkan cukup tenaga untuk aku mulakan kerja sampai siap hari ini.

Daripada separuh sungguh-sungguh, jadi penuh sungguh-sungguh tekadku dalam mengerjakan tugasan yang diberikan bos. Kerja yang tertumpuk selama 4 hari. Aku berkerja sambil bernyanyi lagu lalalalalala. Ya, liriknya hanyalah lalalalala. Apa jenis angaulah yang aku alami ini. Sedar aku bila ditegur oleh teman sekerja. Haha :D. Cukup ketawa sahaja aku membalasnya kembali.

Baik, sampai akhirnya kerja tertangguh telah aku sudahi. Aku pulang ke rumah dengan hati yang sangat bulat. Aku cuma berharap agar aku dapat jadi orang periang begini selalu. Itu sahaja harapan aku. Cukup hanya itu, walau tanpa rasa sayang orang lain yang aku pinta yang juga tidak pernah berbalas kembali.

Sampai waktu ingin berbuka. Berjalan sendiri ke bazar berdekatan setelah bersiap. Tak mungkinlah aku terus ke bazaar dengan rambut tercacak-cacak, mata merah walau wajah tampak segar, dan baju kerja yang kelepot dek aku terlentang lama di atas sofa kerana keletihan pulang dari kerja petang tadi.

Aku ngidam murtabak walau sudah selalu aku memakannya, namun ia tetap buat aku terngiur. Jadi aku beli satu, eh dua biji aku beli. Sarakahnya aku ini. Bukan apa, cukup hanya itu aku makan sampai menjelang malam. Kemudian, seperti biasa, air tebu. Pengganti air suam yang mengakibatkan aku jadi lupa diri hingga jadi hidriasi dahulu.

Lupakan soal sakit. Fikirkan soal berbuka. Bismillahirohmanirrohim ~

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." Amin. 

Alhamdulillah, selesai berbuka. Aku teruskan niat jalani rutin di bulan puasa :)
Namun hanya sempat dilakukan di rumah sahaja hari ini. Aku telah terlambat bersiap kerana sakit perut.

Dalam hati, jerah aku ingin membeli murtabak itu lagi. Mungkin kerana reaksi mengidam aku itu jadinya seperti ini. Dan aku tak akan beli selagi masih ada rasa mengidam memulakan aku untuk membeli murtabak itu. Aduh, betapa luruh hati ini bila terlepas satu hari :(

Oh, di samping cerita sakit perut. Aku terima sebuah pesanan ringkas lagi. Bukan di telefon bimbit, tapi di kotak masuk facebook. Aku mula membukanya dengan senyuman dan akhirinya dengan muka kerisauan. Manakan tidak, kandungan pesanan itu buat aku resah. Resah akan ditinggal pergi lagi. Kandungan pesanan yang banyak erti kekecewaan yang disampaikan.

Kandungan pesanan itu juga datangnya dari orang yang telah memberi senyum puas pada aku siang hari tadi. Cik adik manis!. Aduhai. Mengapa dia berkata begini begitu pula pada aku. Salah apa aku?......

Rasanya aku ingin sambung lagi nanti. Aku jadi klu mahu tulis bagaimana cerita ini terjadi. Baiklah, salam pergi dahulu wahai blog ku sayang <3


No comments: