Saturday, August 6, 2011

Tersembunyi


Dengarkan aku wahai hati yang sedang bersedih. Tempatmu, ada di dalam dada ku. Tersemat kemas walau selalu berdetak kencang saat ku berlari laju. Berdetak perlahan saat ku berjalan layu. Kita selalu berasakan hal yang sama walau kamu selalu sahaja ingin memberontak. Apa turutmu atau turutku harus didahulukan? Sepertinya akal hanya berdiam diri dalam memberi solusi untuk menyatakan pendapat. Antara kita bertiga, Siapa lebih kuat?

Kuat bukan tumpuan bicara ini. Jelasnya, aliran perjalan kaitan antara kita bertiga seakan semakin sempit di buat jalan untuk darah laluinya. Adakah lebih baik dimatikan sahaja perjalanan ini atau ada di antara kita bertiga dapat memberikan sedikit nafas buat menerangkan kembali kegelapan yang dirasai bersama.

Ya, tentu ada ia! Coba lihat dan rasakan sedalam-dalamnya, apa ada masih tertinggal sesuatu di dalam diri ini. Itulah ia paras naik surut yang sentiasa berubah-berubah bermula saat kalian mula menjadi dewasa. Biarlah hati dengan perasaannya sendiri. Biarlah akal dengan keputusan mutlaknya sendiri. Dan biarkanlah aku dengan sifat dungu ini mencari benang di dalam gelap.

Betapapun kadangkala kita gopoh melakukan hal yang kita rasakan sudah terbaik dilakukan. Itu tidak menjadi halangan untuk melihat keputusan yang baik. Selagi dari pelajaran "iman" di dada dapat meluhurkan hati yang keras dalam menerima dan memberi ilmu  buat menjawab soalan peperiksaan mahupun mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

Yakin dan percayalah, kembali kepada keimanan yang makin "tersurut" dahulu dapat memberi gambaran jalan yang jelas. Keputusan yang jelas.  Terhadap tujuan kita membetulkan semua salah dan alpha di saat kita memerlukan cahaya. Insaf permulaan naiknya kesurutan itu sebelum penyesalan menjadi gantinya. Apa penyesalan lebih baik menjadi titik tolak perubahan diri atau kesedaran yang kalian perlukan?. Walau habis terang, terangnya sahaja yang habis. Namun 'Cahaya' tetap ada bagi mereka yang masih mengingatNYA. Cahaya yang jarang-jarang sekali kita guna pada zaman akhir kalam ini.. =)


No comments: