Aku tinggalkan blog dan facebook untuk kamu. Terbuka seluas-luasnya buat tatapan. Semahu-mahu kamu, aku akan sentiasa ada bila kamu perlukan, Tidak ada halangan atau kekangan, selagi kamu tidak menekan butang "unfriend" sebagaimana kamu dan aku pernah lakukan dahulu.
Cerita demi cerita saling berkait. Sambung menyambung menjadi sebuah kisah suka, duka, tawa, cembrut, majuk-majuk, dingin, suam, hangat, dan muka blur =.=". Terkadang, menggelikan hati hingga ter-ketawa sorang-sorang bila terkenangkan akan hal itu semua. Haha. Namun, dalam ketawa itu tersirat jua pelbagai maksud menurut penilaian masing-masing.
Perjalanan masih tetap diteruskan walau masih jauh. Sementelah aku dapat singgah lagi di laman kamu, aku cuba untuk meletakkan beban sebentar, sebelum aku meneruskan perjalanan ini lagi. Aku ingin berehat dahulu di tempatmu kerana aku ingin menceritakan pengalaman perjalanan aku ke sebuah kota. Kota mati. Perjalanan aku ke kota mati dahulu, membawa aku ke sebuah kawasan larangan. Kawasan bagi mereka-mereka yang tidak mahu meneruskan perjalanan yang mereka ingin tujui.
Aku cuba mematikan langkah, kerana kepenatan yang tiada hasilnya aku raih. Maka, terhentilah sejenak perjalanan yang sudah lama aku tempuhi ini. Ketika di kota mati. Manusia di sana rata-rata hanya menundukkan wajah. Saat mereka berjalan, selemah yang mungkin mengatur langkah, saat mereka memandang aku, pandangan sayu jadi hidangan.
Kota itu amat menyedihkan, dengan suasana yang kusam. Bangunan yang tidak tersusun rapi, masyarakat yang hanya memakai baju kelabu. Sana-sini bertebaran debu. Sungguh memilukan, masyarakatnya pula adalah anak-anak muda. Dengan pemandangan yang aku lihat itu semua, terus tertangkap oleh fikiran, lalu terdetik di hati "apakah aku akan jadi seperti mereka juga?",
Di balik tembok bangunan, terlihat seorang perempuan. Berbaju lusuh terduduk menyandar di sisi tembok. Dahinya tertunduk hingga menyentuh lutut. Aku datangi dia, lalu bertanya. "Cik, mengapa cik terduduk lemah di sini?"
"Aku punya sukalah", jawabnya dengan lemah walau nadanya agak kasar. =.='
Oleh kerana soalan aku agak tidak bersesuaian, maka jawapan begitulah yang aku dapatkan. Agak garang juga perempuan itu walau hanya nada lemah dilontarkan saat bersuara. Jadi, aku tinggalkan dia tanpa bertanya lagi. Aku mula berjalan tanpa melihat ke belakang. Ketika dua langkah telah aku atur. Nama aku diseru. Diseru oleh perempuan yang duduk di balik tembok tadi.
"Kamu Adi, kan?"
"Eh!" menelatah muncungku terkezut. Dalam hati bergetar "Bagaimana cik yang seram ini boleh tahu nama aku? Nama timangan manja pula tu yang dia panggil". Terhenti langkah aku tadi, lalu memusing kembali terus berjalan sampai dihadapannya.
"Memang benar saya yang bernama Adi, adakah cik memanggil saya atau orang lain?" Langsung aku tanyakan.
"Kamulah saya panggil, siapa lagi yang ada di depan mata saya ini" mendongak si wajah sayu itu memastikan akulah orang yang dipanggil dia tadi.
Aku yang masih berdiri, menunduk melihat wajahnya. Perhatian aku tersimpang jauh dengan tiba-tiba, seakan-akan pernah jumpa perempuan ini. Ketika perjalanan aku masih baru dahulu. Waktu itu aku ditinggalkan sendiri ketika dia pergi tanpa pesan. Aku jadi emosial, dengan hati yang lapang aku tersenyum gembira. Dialah wajah penenang yang dahulu pernah menjadi teman. Teman sewaktu aku sakiti hatinya.
Moga-moga, kesempatan yang ada ini. Kemaafan dapat aku raih darinya. Harapku. Aku tidak mahu terasa terbeban lagi saat meneruskan perjalanan. Bebanan kesilapan yang tertanggung sama membuatkan langkah aku jadi berat dan gusar. Saat itu aku mulai berteman kembali dengan perempuan yang aku gelar "si wajah penenang"
Si wajah penenang bangkit dari tempat di mana dia duduk. Kemudian memimpin (bukan pimpin tangan tau) jalan membawa aku ke suatu tempat. Ketika dia di depan, dia menoleh ke belakang memandang aku dengan wajah segar, tersenyum riang dan mula berwarna kembali baju yang berwarna kelabu yang dipakainya. Aku jadi hairan. Ini kota matikah atau kota "magic"? Tersengeh seram aku dibuatnya.
.....bersambung, mahu tidur sebentar, uwaaaa (menguap) =.=
No comments:
Post a Comment