Perlu aku untuk kembali segar hanya dalam satu hari! Itulah aku, Encik Adi. Hehe. Tidak mahu lama-lama memonyokkan muka, mencebik mulut, dan bermata sinis. Aku sedia maklum, tabiat itu hanyalah tabiat seorang penakut. Takut untuk hadapi kesalahan yang terlalu difikirkan sangat.
Mungkin juga aku malu dan segan untuk mengulangi sejarah. Tapi untuk apa malu seandainya perkara itu boleh saja diletakkan ke tepi dengan baik. Dan lalui hari seperti biasa sepertimana hari-hari sebelumnya merasa selesa berbicara dengan seseorang yang telah kita menimbulkan sedikit kedinginan dalam pertemanan. haha - (ayat seorang yang bersemangat!)
Bila nak merajuk, bila nak tarik muka. Cukup hanya sekali muram itu menang. Selepas itu tarik balik bibir itu dan cuba untuk tersenyum sampai ke telinga. Cubalah, pasti akan berjaya mencapai kesenangan untuk bergembira kembali.
Layangkan saja masalah dengan memberi masa, cukup hanya satu hari! Kemudian fikirkan dan bayangkan tanda ini. "+" Ye murid-murid, tanda ini ialah simbol ion positif! Ion terbagi kepada dua, ion positif dan negatif "-" Ion positif itu simbolnya senyum. Ion negatif itu simbolnya masam. Simbol yang datang dari mimik muka seseorang manusia.
Cara mudah untuk aku mengingat apa itu ion ketika masih belajar di sekolah dahulu. Waktu itu aku tulis di atas kertas kajang yang dilipat dua untuk dijadikan nota penting. Diletakkan di dalam poket seluar sekolah. Ternyata hanya itu sahaja yang aku ingat, pelajaran selebihnya aku lupa, kerana malas ingin mencopy paste kan nya ke nota kertas kajang tersebut dari buku teks yang tebal dan panjang lela kandungannya.
Baiklah, balik kembali ke cerita "tentang satu hari". Dulu aku boleh membisu selama sebulan gara-gara hati bocor. Sekarang aku sudah dapat penampalnya. Seperti penampal tayar motor. Syukur hati aku cuma kena tampal sahaja kalau telah bocor. Kalau kena ganti? Ganti pakai hati apa pula, hati lembu?
Jadi, sebagai lelaki, aku harus jadi seorang budiman. Kalau salah. Minta maaf. Kemudian baik-baik semula. Jangan dipendam rasa malu-malu mahu bila hati telah reda ataupun telah ditampal kembali. Okie big bro ~! Itulah terapi yang jarang-jarang orang lain guna. "Senyum itu adalah suatu terapi" Kata cik di sana. :P
No comments:
Post a Comment